Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


"Friendship are sure hard to find"

tagboard


#randomwords

Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
2015-2018
Friday, 9 October 2020 • 5:28 pm • 0 comments



Ain decide untuk start throwback party dari 2015. Tak dapat nak ingat bila last guna blog, tapi macam dalam 2015-2016 centu. Okay, tahun ni adalah dimana semuanya dah berubah dalam hidup seketul Ain. Takdelah berubah mana pun, adalah sikit je kah! Time ni baru masuk sekolah jadi form 4 & nak dijadikan cerita, keluarga dah yakinkan Ain untuk sambung belajar di Kolej Vokasional atas sebab keputusan yang tak berapa nak cantik :'( huhu apakan daya saya ni bukannya pintar sangat. Kalau tak silap, adalah dalam 2 minggu ke 3 minggu bulan pertama persekolahan dekat sekolah harian. Ain ingatkan ain sorang je tau yang akan pindah masuk kv, rupanya ramai jugak yang pindah sekali tapi diorang semua masuk kv yang lain-lain. Hari last dekat situ, kami yang kena pindah ni kena bagi speech pulak dekat classmates yang lain. Dahlah semua dalam kelas tu aku tak rapat sangat, malu kot! Tapi aku bedal je sebab aku fikir lepasni memang tak bertembung dah hahahah! Otw nak keluar sekolah tu, ada lah kawan baik aku ni peluk aku sebelum aku pergi, sumpah rasa terharu time tu. Tapi, kami sekarang dah tak bercakap to each other. Ok back to the story! 

Waktu lepas ambil keputusan PT3, mak Ain suggest untuk ambil Account dekat kv. Aku ni dah seriau tau bila subjek yang ada kena mengena dengan maths (maklumlah saya pernah fail maths hihi) Tapi, saya ni jenis suka je dengan apa yang mak saya recommend dalam apa-apa keputusan sebab ain rasa dalam pilihan dia tu ada berkat dia. Jadi, lepas buat beberapa pencarian dekat kv mana yang tawarkan bidang ni, paling dekat pun di Perak. Syukur. Tapi, walaupun masih dalam negeri yang sama, ain dah kena mula hidup sebagai pelajar asrama! Jeng jeng jengggggg. Inilah dia benda pertama yang baru dalam hidup ain. Tibanya hari pendaftaran, ain demam sebenarnya, & sangaaaaatlah bad mood, kecewa, sedih, pendek kata HOMESICK. Hahahahahah!! Lawak lah bila teringat balik! Lepas kami habis daftar di dewan, kami terus naik ke kawasan asrama untuk selesaikan barang-barang keperluan dalam bilik. Dekat asrama ni ada 2 jenis bilik/dorm. 1) Ada 12 katil, 2) Ada 10 katil. Dorm ain jenisnya yang kedua tu. Lepas dah letak semua barang, pelajar ada sesi ice breaking dengan pihak kolej and itulah kali terakhir aku nampak mak abah. Sedih weh! Lepas habis aktiviti tu, sayu beb hati ni melayan jiwa merindui keluarga. Ain ni jenis pendiam dan malu, sebab tulah tak dapat kawan lagi waktu tu.

1st year
Selepas dah berbulan berkenalan dengan warga kvg, ain pun dah ada ramai kawan dekat kelas dan dorm. Kelas ain ni pada awalnya ada beberapa kerat je sebab yelah akaun ni tak menarik sangat. Alhamdulillah lepas ada ambilan kedua, dah ramai masuk dalam kelas ni. Buat pertama kalinya dalam hidup ain, tak pernah rasa serapat, semesra macam ni. Bonding kelas ni sangat rapat macam keluarga. Waktu hari kemerdekaan, ain dapat jadi MC hehehe. Nervous tu peh tapi nasib baik ada kawan temankan sekali jadi MC. Pada akhir semester ni, ada juga di kalangan rakan-rakan sekelas membuat keputusan untuk kembali ke sekolah harian. Aku doakan kalian berjaya dalam apa jua perkara ya!

2nd year
Seperti hari-hari biasa, siapkan kerja, kuiz. Dan tiba-tiba, satu hari tu berlakunya sedikit salah faham. Apa dia? Biarlah rahsia, disebabkan perkara ni, hari Selasa merupakan 'hari malang' buat kami sekelas, sampaikan ada yang bergurau kata jangan kahwin pada hari Selasa! Hahahahaha. Macam-macam denda yang kami sudah kena sebabkan tak siap tugasan atau pun sebabkan perangai yang nakal. Alhamdulillah, kami semua lulus dengan jayanya untuk semester ni ;) Berita paling sedih sekali, inilah kali terakhir ain duduk dalam dorm sewaktu tahun pertama. Untuk semester baru, akan dirombak semula. Hari terakhir dalam dorm tersebut, kami mencipta kenangan dan buat majlis makan bersama-sama sebelum semuanya dipisahkan. Oh ya! Ahli dorm ain ni, 6/10 tu dari course yang sama, sebab tulah kami sangat rapat ;) lagi 4/10 pun rapat juga jangan risau! Kalau nak tahu, mereka lah sifu ain dalam menjadi budak asrama yang sedikit rebel :P

3rd year
Hello diploma life! Cewahhh, ya semua, di kv ni hanya 2 tahun sahaja untuk ke peringkat diploma. Kami diberikan baju baru untuk bezakan pelajar diploma dan pelajar biasa hehehe. Apa kelebihan lain? Hm, takde rasanya. Subjek-subjek untuk tahun ni dah jadi semakin susah tau! Setiap hari mesti ada penyesalan sebab pilih bidang perakaunan, tapi ain dah semakin hampir dengan status grad, ain pun teruskan perjuangan ni. Bedal aje lah!

4th year
Hm? Bukan tahun terakhir ke? Belum ye anak-anak sekalian. Hahahahaha, inilah tahun yang seksa buat kami sebab kena buat project! Banyak liku-liku kehidupan untuk siapkan benda ni dan Alhamdulillah kami semua berjaya jugak siapkan selepas banyak pertukaran dari segi penulisan, format, proses dapatkan data.. ah semualah! Kami pun dah one step closer ke arah graduasi gitteww! Hahahahaha, jadi berakhirlah perjalanan sebagai pelajar kv. 

5th year (2019)
Hii? Ya, kami disambungkan dengan program on-the-job training mengikut industri yang dipilih oleh pelajar. Ain pilih di sekitar Perak juga sebab nak mudahkan urusan keluarga. Tak perlu nak pening-pening dengan hal lain. Program ni sampai 4 bulan sahaja. Lepas kami sekelas selesai dipantau dan laporan pun dihantar ke pihak kolej, habis lah sudah. Ehhhhhh! Kejap! Ada lagi rupanya guys, kami diberitahu bahawa perlu bawa semula projek sebelum ini dan akan dibentangkan ke pihak jpk atas urusan untuk dapatkan sijil SKM tahap 4. Jadi, terpaksalah ulang-alik dari Sintok ke Gerik. Eh? Bukan ke ain duduk di Perak juga? Ha tunggu next cerita pulak :P Dalam keserabutan tu, kami pun dah berjaya bentang dan dapat sijil tersebut. Akhir sekali, kami dah bergraduasi dengan jayanya!!! HOORAY! 

Inilah dia sedikit sebanyak yang dah jadi sepanjang ketiadaan saya dalam blog ni. Tak dapatlah nak cerita secara detail. Okay itu sahaja buat kali ini. Till next time. Bye 


0 Comments:

Post a Comment


|