Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


"Friendship are sure hard to find"

tagboard


#randomwords

Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
2019
Monday 15 January 2024 • 10:14 pm • 0 comments



Hi guys :) Welcome back! Post untuk kali ni nak sembang pasal events that happened during 2019. I owe this blog about my life stories because there is a part of myself that belongs here. Okay, since ain dah bagi sneak peak on my last entry, yes, ain dah grad from KV which really makes me happy plus sad. I'll just list down interesting stories but sorry no pictures that i can share cuz zaman sekarang ni teknologi makin menyeramkan okk! Have fun okay baca my stories :)

1. Raya

Kenapa nak cerita pasal raya ni? Well, kalini punya raya ada lain sikit, it was my first raya dengan my friends!! Mesti ada je orang nak kata "Eh, itu kan benda biasa" Sorry ya, only people with strict parents je faham benda ni :P My girlfriends plan nak beraya dekat rumah Hana & Yaya dekat Bidor cuz why not berjalan-jalan sikit from Ipoh kan, selalu kitorang lepak dekat Ipoh so kita give-and-take la kan. Ada 2 kereta la yang ikut plan ni; kereta ain (sha and yaya) & masyie (wawa, zaty, afiqah). I would say so much things happen but great memories created too! Dari planning nak gerak sama2 dekat tol dah tukar gerak asing2. Sampai je rumah Hana, kami bersembang macam rumah tu takde orang xD Tambah pulak dengan gelagat adik Wawa, memang meriah lah raya kami. Dah selesai beraya, kami pun nak hantarkan Yaya balik dekat Bidor, haaaa kat sinilah ada peristiwa lawak terjadi. Bukan apa, time ni kan masing2 baru je dapat lesen kereta + usia muda, tahu jelah perangai bawak kereta tu macam ajak orang sebelah nak racing. Ada satu bonggol ni kitorang tak perasan tau sebab lagipun tak familiar dengan kawasan tu. Jadinya, melompat la kereta kami hahahahaha XD & then selesai urusan Yaya, kami yang lain ni sambung pulang ke Ipoh dengan selamat. Along the way tu, Afiqah ada belanja kitorang minum air setabak hehe rezeki di hari raya. 

2. Graduation

OMG OMG OMG! Bestnyaaaa dah boleh grad from KV!! Tapi, the sad part is ain kena berpisah dengan my favourite people :( Okay, during the graduation, our venue is located in USIM, which their environment and place is sooo pretty!! Also kat sana memang meriah dengan flower gift, photoshoot and even mini pasar malam! Hehe, bolehlah kitorang makan lepas penat menunggu nak naik pentas amik diploma tu. Habis je event, the whole accounting class tangkap gambar sama2 untuk kenangan terakhir. 

3. Job

Haaaa ain dah start kerja ke??? No lah u alls, ain amik part time job sementara tunggu keputusan UPU. 
Susah jugak ek nak cari part time sebenarnya, nasiblah dapat jugak dekat one of typical place where student would get their pt job XD Malas sebenarnya nak elaborate on this matter, tapi disebabkan berlaku perkara yang tidak memuaskan from my side, Ain endup berhenti awal. It's okay, rezeki ada dekat mana-mana right? 

4. Degree

With that being said, YES i am continuing my study journey to degree! In ACCOUNTING! AGAIN! How crazy la idk la sumpah cam kenapa aku beria sangat nak teruskan bidang ni??? Tapi, Allah dah mudahkan urusan untuk sambung belajar, kita move forward jelah kan. Sumpah korang, kalini Ain kena pindah ke Kedah T.T Bayangkan hari first tu rasa nak teriak dah sebab kitonyo manjooooo hahahahah. Untuk degree life, ain akan buat post yang lain. Kalau tak, memang panjanglah entry kalini XD

5. Umrah

Alhamdulillah, tahun ni Ain dapat laksanakan umrah dengan family (without my brother because of work) Memang tak percaya dapat pergi, tapi Allah dah izinkan untuk kesana. Dalam banyak2 moments, ada satu ni memang rasa macam "Please Allah, let me feel this calmness again". It is where me, adik and my mom decided pergi Raudah before Subuh. Memang time pergi tu tak ramai tau, Alhamdulillah dapat solat & doa dengan penuh ketenangan. Bila the next day tu, pergh berpusu-pusu orang tau. I would really want to go & perform again. Semoga kita semua ada rezeki untuk kesana. Aamiinn.

So guys, that is all from me. Till next time Ain akan update with new stories! Bye! :)



2015-2018
Friday 9 October 2020 • 5:28 pm • 0 comments



Ain decide untuk start throwback party dari 2015. Tak dapat nak ingat bila last guna blog, tapi macam dalam 2015-2016 centu. Okay, tahun ni adalah dimana semuanya dah berubah dalam hidup seketul Ain. Takdelah berubah mana pun, adalah sikit je kah! Time ni baru masuk sekolah jadi form 4 & nak dijadikan cerita, keluarga dah yakinkan Ain untuk sambung belajar di Kolej Vokasional atas sebab keputusan yang tak berapa nak cantik :'( huhu apakan daya saya ni bukannya pintar sangat. Kalau tak silap, adalah dalam 2 minggu ke 3 minggu bulan pertama persekolahan dekat sekolah harian. Ain ingatkan ain sorang je tau yang akan pindah masuk kv, rupanya ramai jugak yang pindah sekali tapi diorang semua masuk kv yang lain-lain. Hari last dekat situ, kami yang kena pindah ni kena bagi speech pulak dekat classmates yang lain. Dahlah semua dalam kelas tu aku tak rapat sangat, malu kot! Tapi aku bedal je sebab aku fikir lepasni memang tak bertembung dah hahahah! Otw nak keluar sekolah tu, ada lah kawan baik aku ni peluk aku sebelum aku pergi, sumpah rasa terharu time tu. Tapi, kami sekarang dah tak bercakap to each other. Ok back to the story! 

Waktu lepas ambil keputusan PT3, mak Ain suggest untuk ambil Account dekat kv. Aku ni dah seriau tau bila subjek yang ada kena mengena dengan maths (maklumlah saya pernah fail maths hihi) Tapi, saya ni jenis suka je dengan apa yang mak saya recommend dalam apa-apa keputusan sebab ain rasa dalam pilihan dia tu ada berkat dia. Jadi, lepas buat beberapa pencarian dekat kv mana yang tawarkan bidang ni, paling dekat pun di Perak. Syukur. Tapi, walaupun masih dalam negeri yang sama, ain dah kena mula hidup sebagai pelajar asrama! Jeng jeng jengggggg. Inilah dia benda pertama yang baru dalam hidup ain. Tibanya hari pendaftaran, ain demam sebenarnya, & sangaaaaatlah bad mood, kecewa, sedih, pendek kata HOMESICK. Hahahahahah!! Lawak lah bila teringat balik! Lepas kami habis daftar di dewan, kami terus naik ke kawasan asrama untuk selesaikan barang-barang keperluan dalam bilik. Dekat asrama ni ada 2 jenis bilik/dorm. 1) Ada 12 katil, 2) Ada 10 katil. Dorm ain jenisnya yang kedua tu. Lepas dah letak semua barang, pelajar ada sesi ice breaking dengan pihak kolej and itulah kali terakhir aku nampak mak abah. Sedih weh! Lepas habis aktiviti tu, sayu beb hati ni melayan jiwa merindui keluarga. Ain ni jenis pendiam dan malu, sebab tulah tak dapat kawan lagi waktu tu.

1st year
Selepas dah berbulan berkenalan dengan warga kvg, ain pun dah ada ramai kawan dekat kelas dan dorm. Kelas ain ni pada awalnya ada beberapa kerat je sebab yelah akaun ni tak menarik sangat. Alhamdulillah lepas ada ambilan kedua, dah ramai masuk dalam kelas ni. Buat pertama kalinya dalam hidup ain, tak pernah rasa serapat, semesra macam ni. Bonding kelas ni sangat rapat macam keluarga. Waktu hari kemerdekaan, ain dapat jadi MC hehehe. Nervous tu peh tapi nasib baik ada kawan temankan sekali jadi MC. Pada akhir semester ni, ada juga di kalangan rakan-rakan sekelas membuat keputusan untuk kembali ke sekolah harian. Aku doakan kalian berjaya dalam apa jua perkara ya!

2nd year
Seperti hari-hari biasa, siapkan kerja, kuiz. Dan tiba-tiba, satu hari tu berlakunya sedikit salah faham. Apa dia? Biarlah rahsia, disebabkan perkara ni, hari Selasa merupakan 'hari malang' buat kami sekelas, sampaikan ada yang bergurau kata jangan kahwin pada hari Selasa! Hahahahaha. Macam-macam denda yang kami sudah kena sebabkan tak siap tugasan atau pun sebabkan perangai yang nakal. Alhamdulillah, kami semua lulus dengan jayanya untuk semester ni ;) Berita paling sedih sekali, inilah kali terakhir ain duduk dalam dorm sewaktu tahun pertama. Untuk semester baru, akan dirombak semula. Hari terakhir dalam dorm tersebut, kami mencipta kenangan dan buat majlis makan bersama-sama sebelum semuanya dipisahkan. Oh ya! Ahli dorm ain ni, 6/10 tu dari course yang sama, sebab tulah kami sangat rapat ;) lagi 4/10 pun rapat juga jangan risau! Kalau nak tahu, mereka lah sifu ain dalam menjadi budak asrama yang sedikit rebel :P

3rd year
Hello diploma life! Cewahhh, ya semua, di kv ni hanya 2 tahun sahaja untuk ke peringkat diploma. Kami diberikan baju baru untuk bezakan pelajar diploma dan pelajar biasa hehehe. Apa kelebihan lain? Hm, takde rasanya. Subjek-subjek untuk tahun ni dah jadi semakin susah tau! Setiap hari mesti ada penyesalan sebab pilih bidang perakaunan, tapi ain dah semakin hampir dengan status grad, ain pun teruskan perjuangan ni. Bedal aje lah!

4th year
Hm? Bukan tahun terakhir ke? Belum ye anak-anak sekalian. Hahahahaha, inilah tahun yang seksa buat kami sebab kena buat project! Banyak liku-liku kehidupan untuk siapkan benda ni dan Alhamdulillah kami semua berjaya jugak siapkan selepas banyak pertukaran dari segi penulisan, format, proses dapatkan data.. ah semualah! Kami pun dah one step closer ke arah graduasi gitteww! Hahahahaha, jadi berakhirlah perjalanan sebagai pelajar kv. 

5th year (2019)
Hii? Ya, kami disambungkan dengan program on-the-job training mengikut industri yang dipilih oleh pelajar. Ain pilih di sekitar Perak juga sebab nak mudahkan urusan keluarga. Tak perlu nak pening-pening dengan hal lain. Program ni sampai 4 bulan sahaja. Lepas kami sekelas selesai dipantau dan laporan pun dihantar ke pihak kolej, habis lah sudah. Ehhhhhh! Kejap! Ada lagi rupanya guys, kami diberitahu bahawa perlu bawa semula projek sebelum ini dan akan dibentangkan ke pihak jpk atas urusan untuk dapatkan sijil SKM tahap 4. Jadi, terpaksalah ulang-alik dari Sintok ke Gerik. Eh? Bukan ke ain duduk di Perak juga? Ha tunggu next cerita pulak :P Dalam keserabutan tu, kami pun dah berjaya bentang dan dapat sijil tersebut. Akhir sekali, kami dah bergraduasi dengan jayanya!!! HOORAY! 

Inilah dia sedikit sebanyak yang dah jadi sepanjang ketiadaan saya dalam blog ni. Tak dapatlah nak cerita secara detail. Okay itu sahaja buat kali ini. Till next time. Bye